Laman Sosial

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Laman

Sunday, May 29, 2011

Red Devils


Terfikir penulis baru-baru ini berkenaan baju-baju atau jersey pasukan bola sepak yang menggunakan symbol syaitan sebagai logonya, khususnya Manchester United. Apakah boleh kita memakainya? Adakah hukumnya harus, makruh ataupun haram?
Ini kerana jersey ini merupakan pakaian yang amat popular masakini, hatta kebanyakan dari muda-mudi sekarang memakainya ketika solat, hatta mengimami solat, khasnya di pusat membeli-belah. Setelah memikirkannya dengan mendalam, ingin penulis kongsikan pandangan penulis di sini InsyaAllah.
Allah swt bersabda di dalam surah Yasin yang sekian kali dibacakan di kalangan masyarakat kita, "Bukankah aku telah mematerikan (menjanji, amaran keras) kepada kamu, wahai anak-anak Adam, bahawa janganlah kamu sesekali menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Akan tetapi sembahlah Aku, inilah jalan yang lurus".
Perkataan 'menyembah' di dalam ayat ini, ditafsirkan oleh para ulama' sebagai 'mengikuti sunnah atau jalan, cara hidup, godaan dan bisikan syaitan', iaitu dengan kata lain, bukan hanya menyembah sujud kepadanya.
sambung klik sini

No comments: