Laman Sosial

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Laman

Monday, June 13, 2011

kalkatu

Salam 2 all.

"Umat Islam itu umpama lidi, bila ia diikat seberkas, ia menjadi kuat dan boleh mnyapu segala sampah yang ada besar atau kecil, tetapi bila dirungkai menjadi taburan lidi, habuk sebesar hama pun ia tidak mampu membuangnya".

Sebab itu kesatuan, perpaduan dan persaudaraan itu sangat dititik beratkan oleh Islam. Perkara pertama yang Rasululllah saw lakukan selepas mendirikan Masjid Nabawi semasa peristiwa hijrah ialah menyatukan umat Islam Makkah-Auz-Khazraj menjadi Muhajirin & Ansar yang bersatu sabagai satu umat - umat Islam.

Bangsa Melayu sangat bernasib baik kerana menjadi satu-satunya bangsa didunia ini yang dikaitkan dengan agama. Dita'rifkan ciri Melayu sebagai wajib beragama Islam dibawah Perlembagaan Persekutuan. Satu-satunya bangsa yang diperakui agamanya berdasarkan undang-undang.

Namun malang umat Islam bangsa Melayu; yang punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab dan Satu Qiblat, tetapi gagal menjadi satu bangsa yang bersatu. Sedangkan ALLAH jelas menyebut bahawa umat Islam wajib bersatu padu dibawah naungan Al Quran.

Dan yang lebih malang, bukan sekadar tidak bersatu, ada kalangan umat Islam bangsa Melayu yang bersedia menjadi barua non-Muslim bukan Melayu semata-mata untuk memenuhi nafsu masing-masing; yang akhirnya menyebabkan bangsa Melayu itu menjadi lemah, lesu dan layu.

Sejarah bangsa Melayu membuktikannya. Kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka bukan kerana kekuatan Portugis. Tetapi hanya kerana pengkhianatan bangsa sendiri yang bernafsu mahu menjadi Bendahara. Maka pengkhianat-pengkhianat ini sanggup bersekongkol dengan penjajah. Akhirnya tumbang Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, tidak bangkit-bangkit sehingga hari ini.

Begitu juga kejatuhan Kerajaan-Kerajaan Melayu di negeri-negeri Tanah Melayu. Ianya bukan kerana kekuatan British. Mereka hanya sedikit. Tetapi British pandai mengadu-domba bangsa Melayu, sehingga mencetuskan perang saudara dikalangan orang Melayu. Akhirnya Kerajaan-Kerajaan Melayu tumbang, dan British yang jumlahnya terlalu sedikit berjaya berkuasa dan menjajah Tanah Melayu. Bangsa Melayu hanya terlopong menjadi bangsa merempat dinegara sendiri.


selebihnya, klik SINI

No comments: