Laman Sosial

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Laman

Sunday, December 18, 2011

apa ada dengan roti?

Ada apa dengan ROTI dan apa ada dengan ROTI?


Jom layan tentang perkara-perkara di sebalik ROTI....

  • Walaupun wujud ROTI BOOM yang banyak di order di kedai-kedai mamak seluroh Malaysia, akan tetapi pihak Tentera tidak akan sesekali membawa bersama ke medan perang sebagai senjata, walaupun sebagai bom tangan.                 
  • Penjodoh bilangan bagi ROTI adalah “buku” dan percayalah bahawa ROTI tidak akan disimpan di perpustakaan atau kedai buku serta tiada pustakawan yang ditugaskan menjaganya.
  • ROTI memang sedap disapu jem untuk sarapan pagi, akan tetapi jangan sesekali korang menyapu ROTI pada jalan yang sedang jem.
  • Hanya terdapat dua situasi sahaja yang akan menyebabkan ROTI menjadi pilihan ramai sebagai makanan ruji iaitu ketika sedang sakit dan di hujung-hujung bulan.
  • Uniknya ROTI ia boleh dimakan dalam pelbagai perisa dengan bermacam inti, tapi jangan pulak korang jadikan ROTI sebagai intisari rancangan di TV.
  • ROTI didatangkan dalam pelbagai bentuk, ada  bulat, empat segi, panjang dan berbagai lagi, akan tetapi ROTI tetap dipanggil ROTI dan tidak akan berperasaan dengki sesame ROTI, dan percayalah, walaupun ROTI ada berbagai nama, ROTI tidak mempunyai kad pengenalan, baik yang original mahupun fotostat..



p/s: mintak maap ler citer pasal roti tengah2 malam nie, awak x buleh control buah pinggang awak nie, lapor la pulak..

jangan mara ar..
:-D

2 comments:

NoR_NiZa said...

kenapa roti?? hehe

Sabry Jabar said...

sebab..entah..lapar kottt...hahaha