Laman Sosial

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Laman

Thursday, January 05, 2012

Tengah final EXAM ni, bukan mid term TEST taw!

Sekarang adalah bulan final exam, bukan lagi masa untuk bersuka ria. Tp who cares? Nak bersuka, suka hatilah. Asalkan ada allocation time utk study, okaylahh kan. dah lama tak bertulis-tulisan di blog. 

Tp takpelah, paper CTU 553 a.k.a hubungan etnik pon dah habis. So meronggenglah ejap ke Jusco bukit raja window shopping makan popcorn bagai. Tiba2 elok2 balik UiTM, 'lencongan sila masuk ikot pintu 4”.. and suddenly pak guard (ehhh silappp), Polis Bantuan UiTM  boleh buat roadblock baik punya kat entrance.  Nak check student card katanya. Padahal kereta Saufi masa tu ada dah pelekat kereta pelajar.  Dalam hati aku, kalau tak ada ANGIN masakan pokok BERGOYANG kan...
sebab masa 'ORANG_ORANG ITU"  buat show dekat Dataran Cendekia tempoh hari, pun ada metode yang sama. 

Okaylah kalau begitu, time online kejap tadi, Nampak lah post Dato VC we’all yg disayangi Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengatakan yang Malam ini, pihak UiTM mendapat makluman akan berlaku demostrasi di UiTM Shah Alam sebagaimana yang berlaku di UPSI minggu lepas.. Demi menjaga kemanan & keselamatan anak-anak UiTM yang berada di dalam kampus di minggu peperiksaan sedang berlangsung, saya mengambil langkah pencegahan dengan kerjasama Polis Bantuan UiTM dan PDRM agar ianya tidak mengganggu ketenteraman & kesejahteraan anak-anak UiTM di dalam kampus UiTM Shah Alam.. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.. Semua ini DEMI KEAMANAN 30 RIBU ANAK-ANAK UiTM SHAH ALAM.. UiTM SENTIASA DI HATIKU..


UiTM sentiasa di hatiku Dato'. So, lepas tu timbullah beberapa golongan yg dilihat mengkeji tindakan UiTM sebab menghalang dr berlakunya demo. Eh come on lah MANUSIA, jangan  menyusahan orang lain (student marhaen especially kami) nak masuk UiTM sebab prevention method untuk mengelakkan demo boleh tak?  Memanglah POLIS UiTM buat rush tu nampak macam Sh*t dan menyusakan, tp kalau xde CERITA2 bodoh demonstrasi jalanan ni xkan lah jadi mcm tu kan..

And one more thing, merujuk kepada video OPS TANJUNG MALIM, tengok lah g buat demo tu, SEMUANYA MUKA MELAYU, ISLAM. X kira lah yg SUNNAH ke yang SYIAH. Xde pon Nampak member2 kita yg BUKAN ISLAM, BUKAN MELAYU, dan BUKAN BUMIPUTRA sibuk berdemo menjerit terpekik kelolong macam tiada lagi HARI ESOK untukmu. yang BUKAN MELAYU bertungus lumus nak belajar, majukan bangsa diorang, dapat pointer yg boleh membanggakan mak bapak diorang dan penaja, sebab depa tau nak masuk UNIVERSITI ADALAH SUSAH dan harus menghargai peluang yg diberikan.. tapi dek kerana orang KITA yan mudah mendapat peluang masuk IPT, ada kuota, meritokrasi,  HAK ISTIMEWA dalam PERLEMBAGAAN, maka senang2 lah nak berdemo dan tak kisah pon pasal perjuangan akademik, maka  sibuk lah ORANG KITA dengan ACARA YANG BEST UNTUK BERDEMO LAH KATAKAN.

Bila ada orang Melayu kata While you are busy demonstrating over something that you are unsure of, other races are busy studying, doing research and assignments for their studies and plan for their career movement. They dont care what will happen because they know they have their own responsibilities; to make their parents proud of them and be a useful generations of Malaysia but where are we Malays? Busy demonstrating here and there, insulting others, jealousy among same race, lazy bones.
UNGRATEFUL BUNCH OF SPOIL BRATS! 
Entered UiTM and then tarnish the good name of UiTM.

tau pulak marahhh... JANGAN MARAH arr... hahahaha...

HIDUP HIDUP! HIDUP BEBAS! BEBASKAN MAHASISWA! PENINDASAN!

Tulah kata2 keramat yg menjadi azimat yang lahanat untuk menjatuhkan mertabat UMAT ke tahap yang PALING BANGSAT.

TERTINDAS TERUK KE MAHASISWA ZAMAN SEKARANG? Kot lah kalau sampai nak belajar pon kena belajar bawah jambatan, pegi kelas pon naik KERETA KEBAL, nak tulis pun pakai dakwat SoTONG KURITA, xde lah plak.




BELAJAR LAH ERTI BERSYUKUR SUPAYA KAMU TAK DIGOLONG DALAM KALANGAN ORANG2 YANG LUPA DARATAN


Sedih lah tengok anak bangsa yg mcm ini. Saya tak berani lah nak kata DEMO ITU HARAM seperti yg diperkatakan oleh Ustaz Fathul Bari ini, tapi paham2 sendirilah. Tidur & baring di jalanraya kerana ingin menunjukkan rasa tak puas hati bukan cara seorang mahasiswa cerdik  dan bakal pendidik  anak bangsa.


Isunya, AUKU. Malas nak cerita sebab kang kena TAHANAN TANPA BICARA plak kang. Even ISA dah x ada. Tapi dah kerajaan boleh discuss isu ini in more civilized way kata org putih, eh commonlah boleh bawak berbincang kot!

WTFish yang nak dibisingkan sangat. Certain part dalam Law tu pon akan digubal utk membenarkan mahasiswa berpolitik di luar kampus, so 
WTFish YANG NAK DIRIUHKAN SATU NEGARA?

Saya bukanlah student LAW yang boleh menceritakan dengan lebih detail dengan ayat yang sebijik2 mcm dalam University and University College Act tu, tapi setakat general knowledge, it was understood that way.

iTU PON NAK DEMO DAN MENYUSAHKAN ORANG KE? TAK CUKUP KE PINDAAN ITU UNUK MENYEDIAKAN TONGGAK PELAPIS PEMERINTAHAN NEGARA?

Nantilah… Sabarlah…

Tak semestinya pandai DEMO, pandai berpolitik. – Tun Dr Mahathir


                                                 PESANAN  KHAS.

[Pesanan Buat Puak 'Demo' - Jangan Ingat Anda Kuat]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

“Orang yang kuat itu bukanlah yang dikenali dengan hebatnya berkelahi, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menguasai (menahan) dirinya ketika marah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 19/72, no. 5649)

Ni pon saya copy paste dr brader yg post kat wall Dato’ VC,  sebab Rasulullah suruh umatnya sebarkan amanat Baginda walaupun satu ayat. 

COME on lah saudaraku. marilah bersama-sama;

Bukalah mata, 
Panjangkan lah akal, 
Tamadun kan pemikiran, 
Satukanlah Umat. 

Betulkan lah niat & kukuhkan MAQASID PERJUANGAN dalam menuntut ilmu. 
Jadilah umat yang bersyukur, 
kerana

PERJUANGAN KITA BELUM SELESAI.


Wallahualam..